Resepi Mee Kari Pasti Enak

Resepi Mee Kari Pasti Enak

BAHAN-BAHAN PENYEDIAAN :
  • 1 - 2 peket mee kuning
  • 2 batang serai - di titik
  • 5 cawan santan
  • 1-2 cawan air
  • 3 sudu rempah kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 5 tangkai daun kesum

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :
  • 500 grm ayam / isi ayam
  • 500 grm udang
  • 2 peket fish ball
  • 1 peket tauhu puff
  • 5 biji telur - direbus
  • 200 grm taugeh-dicelur
  • Kacang panjang secukupnya - dicelur
  • Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS :
  • 6 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 5 cm lengkuas
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 cm halia
  • 10 biji cili kering
  • 1 sudu besar belacan

CARA MEMASAK :
1) Tumis semua bahan yang dikisar sampai timbul bau wangi , masukkan rempah kari , serbuk ketumbar , serai , daun kesum dan terus kacau sampai rempah masak kemudian masukkan santan serta air . Kacau semua bahan-bahan supaya menjadi mesra dan biarkan kuah mendidih.
2) Bila kuah dah mendidih masukkan ayam dan biarkan sampai ayam masak. Masukkan fish ball dan garam . Kemudian masukkan udang dan masukkan juga tauhu puff dan terus kacau , biarkan kuah mendidih seketika sahaja jika lama sangat nanti udang jadi terlalu masak . Jika kuah masih terlalu pekat boleh di tambah sedikit sahaja air.
3) Celur mee , taugeh dan kacang panjang serta , rebus semua telur.
* Isi ayam boleh di masak sekali dengan kuah atau isi ayam ini di rebus berasingan dan di siat- siat kecil , bila nak makan baru di letak sekali dengan mee. Bahan terakhir dimasukkan sekali kerang di dalam kuah dan tauhu pop /puf , kacau dan biar mendidih sekejap saja.

Selamat mencuba! Kongsikan dengan kami pendapat anda tentang resepi ini. Dah cuba? Macam mana rasanya?
adsense 336x280

0 Response to "Resepi Mee Kari Pasti Enak"

Post a Comment