Rasia Resepi Apam Gebu Mavelesss..!!


Rasia Resepi Apam Gebu Mavelesss..!!

Assalamualaikuim uolsss, jom kali ni berjemaah buat apam nak tak? hehe.. Orang kata resepi yang ni memang gebu dan lembut, jom kita cuba sama2 buat.. hehe..

Bahan-bahan yang diperlukan :


  • [:] 500 g Tepung Gandum/Superfine
  • [:] 450 g Gula
  • [:] 400 ml air bias-air soda(Sprite)
  • [:] 4 biji Telur
  • [:] 2 sudu kecil serbuk penaik
  • [:] 2 sudu kecil Ovalete
  • [:] 2 sudu Besar susu pekat
  • [:] 1 sudu kecil Esen Rose
  • [:] Pewarna(mengikut citarasa)
  • [:] Secubit garam


Cara-cara memasaknya :


  • [:] Satukan kesemua bahan kecuali pewarna didalam bekas,kemudian putar pada
  •      kelajuan tinggi selama 5 mini.
  • [:] Setelah semuanya kembang dan sebati,bahagiakan kepada 3 bahagian.
  • [:] Letakkan pewarna.Kacau sebati
  • [:] Masukkan kedalam piping beg atau sendukkan sahaja adunan tadi kedalam
  •      cawan kertas yang telah diisi kedalam acuan muffin alumunium atau mengikut
  •      kreativiti anda..ini adalah untuk memudahkan ketika mengukus..
  • [:] Picitkan 1 adunan bewarna dahulu sehingga 3/4 cawan.kemudian letakkan sedikit adunan warna    
  •      berikutnya dipermukaan atas.
  • [:] susun kedalam loyang dan kukus selama 10 minit sehingga apam itu kembang dan merekah diatas

#Kukusan mestilah dipanaskan terlebih dahulu sebelum mengukus..
#Penggunaan air Sprite adalah bertujuan melembutkan lagi apam.
#Bekas /Cawan alumunium digunakan supaya cawan kertas tidak akan lembik ketika kukus
  dan ini mendapatkan bentuk apam yang cantik...

Selamat mencuba uolsss..!! adsense 336x280

0 Response to "Rasia Resepi Apam Gebu Mavelesss..!!"

Post a Comment