Hukum Wanita Dalam Keadaan Haid Berwuduk. [ Baca Dan Share Untuk Pengatahuan Bersama..!! ]


[;] Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

[;] Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

[;] Sebahagian ulama telah berpendapat bahawa wanita haid itu di sunatkan utk mengambil wuduk sebagaimana di sunatkan berwuduk bagi seseorang yang berjunub. Dalilnya adalah seperti hadis di bawah :

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ جُنُبًا فَأَرَادَ أَنْ يَأْكُلَ أَوْ يَنَامَ تَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلاَةِ

[;] Daripada Aisyah r.ha dia berkata: Nabi SAW. bila dalam keadaan berjunub dan apabila baginda hendak makan atau hendak tidur, baginda berwuduk sepertimana wuduk ketika mana hendak solat.. (Hadis riwayat Imam Muslim.)

[;] Oleh itu tidak menjadi masalah seorang wanita yang haid untuk berwuduk sama seperti wuduk untuk solat. Walau bagimana pun wuduk yang diambil tak boleh niatkan bahawa hadasnya terangkat.

[;] Syarat sah berwuduk itu ada 6 :-


  • [;] Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
  • [;] Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
  • [;] Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
  • [;] Bersih dari Haid, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
  • [;] Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
  • [;] Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.


Hukum Ambil Wuduk Ketika Haid.


  • [=]  Khilaf di antara ulama sama ada membenarkan berwuduk atau tidak, bergantung pada niat individu yang melakukannya.
  • [=]  Diharamkan wanita yang didatangi Haid/Nifas berwuduk jika bertujuan untuk mengangkat hadas dalam keadaan dia mengetahui tidak sah wuduknya, ini kerana dia bermain-main dengan hukum.
  • [=]  Jika tujuan berwuduk atau mandi junub dengan tujuan membersihkan diri atau menyejukkan badan atau apa-apa saja niat yang tidak melanggar syarie, maka tidak menjadi masalah. Ini pendapat yang dipegang oleh Auzaie, Malik, Thauri dan Abu Thaur.
  • [=] Wajar mempertahankan pendapat salaf soleh agar berterusan dengan mengambil waktu solat tersebut dengan berwuduk dan berzikir agar kebiasaan itu tidak dilupakan.
  • [=] Para wanita banyak yang dirasuk jin dan menjadi lemah kerana mengabaikan ibadat di waktu uzur. Keuzuran bukan alasan untuk meninggalkan semua ibadat kerana meninggalkan solat pada waktu uzur juga merupakan satu ibadat. Perbanyakan , beristighfar, berselawat dan berzikir  pada waktu uzur sebagai menampung kekurangan ibadat di waktu ini.
  • [=] Tidak menjadi kesalahan untuk berwuduk sebelum tidur atau pada ketika marah walaupun dalam keadaan uzur. Wallahu alam.

[=] Demikian sahaja yang boleh saya sampaikan, sebelum itu saya mohon maaf kepada pembaca sekiranya apa yang saya sampai ini ada sedikit kesalahan atau sebagainya, Saya ini hanya manusia biasa yang tidak luput dari kesalahan”.

[=] Semoga artikal ini memberi manfaat untuk anda semua. Wallahu a'lam

adsense 336x280

0 Response to "Hukum Wanita Dalam Keadaan Haid Berwuduk. [ Baca Dan Share Untuk Pengatahuan Bersama..!! ]"

Post a Comment